Monday, October 26, 2009

pembinaan kerjayaku

sejak dari kecil lagi aku bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.. Doktor Hidayah.. oleh itu, dari kecil lagi aku sudah berminat dalam bidang sains.. impian ku itu ku semai dan kubajainya setiap ari sehinggalah aku menjejak kaki di sekolah menengah.. di sini, aku lebih terdedah kepada bidang kerjaya yang lebih menarik, namun begitu aku masih lagi dengan pendirian yang sama.. ingin menjadi seorang doktor..sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.. di sini segala nya telah berubah.. dengan satu pilihan yang telah aku buat, aku ibarat meleburkan impian ku selama ini.. dengan pemilihan ku untuk mengikuti sains fizikal, aku lebih terjerumus ke dalam bidang yang lebih kepada bidang kejuruteraan.. walauapapun aku tetap gembira belajar.. di kala ini, aku telah menukarkan minat ku dan ingin sekali menjadi seorang ahli kimia.. menjjadi jurutera kimia.. namun, aku hanya merancang, Tuhan da tentukan segala-galanya.. demi harapan ibu dan ayah yang ingi melihat anak kesayangannya ini menjadi seorang cikgu, aku dengan rela dan paksanya mula menceburkan diri menjadi seorang pendidik.. alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.. aku sudah mula tertarik kepada bidang pendidikan ini, namun begitu, cita-cita di kala kecil aku tetap ingin mengecapinya.. 


walaupun tidak dapat menjadi seorang doktor yang dapat merawat orang, aku telah sematkan dalam diri aku bahawa aku tetap akan menjadi doktor.. seorang yang ber'title'kan dortor.. oleh itu, aku ingin belajar bersungguh-sungguh untuk membolehkan aku melanjutkan pelajaran pada peringkat master dan PHD..aku tetap ingin buktikan pada semua orang, cita-cita di masa kanak-kanakku tercapai walaupun tersangan beza jauhnya.. urmmmmm..

No comments:

Post a Comment

gurlz chem

gurlz chem