Monday, October 26, 2009

smart schooo esei

esei sekolah bestari                                                                                                                                                

ikatan kimia

asid dan alkali

smart school

picasa




picasa adalah sejenis software yang dapat mengedit gambar.. aku sangat suka software ini sebab aku selalu saja mengedit gambar-gambarku.. melalui picasa, kita dapat mengedit gambar yang tidak berapa elok, pecah-pecah, mata merah, nak mencerahkan gambar, bagi shadow kan gambar serta banyak lagi... selain itu, kita juga dapat masukkan teks di gambar-gambar tersebut..


penggunaan picasa yang senang dan mudah ini menyebabkan pengguna sangat berpuashati termasuklah aku sekali..

pembinaan kerjayaku

sejak dari kecil lagi aku bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.. Doktor Hidayah.. oleh itu, dari kecil lagi aku sudah berminat dalam bidang sains.. impian ku itu ku semai dan kubajainya setiap ari sehinggalah aku menjejak kaki di sekolah menengah.. di sini, aku lebih terdedah kepada bidang kerjaya yang lebih menarik, namun begitu aku masih lagi dengan pendirian yang sama.. ingin menjadi seorang doktor..sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.. di sini segala nya telah berubah.. dengan satu pilihan yang telah aku buat, aku ibarat meleburkan impian ku selama ini.. dengan pemilihan ku untuk mengikuti sains fizikal, aku lebih terjerumus ke dalam bidang yang lebih kepada bidang kejuruteraan.. walauapapun aku tetap gembira belajar.. di kala ini, aku telah menukarkan minat ku dan ingin sekali menjadi seorang ahli kimia.. menjjadi jurutera kimia.. namun, aku hanya merancang, Tuhan da tentukan segala-galanya.. demi harapan ibu dan ayah yang ingi melihat anak kesayangannya ini menjadi seorang cikgu, aku dengan rela dan paksanya mula menceburkan diri menjadi seorang pendidik.. alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.. aku sudah mula tertarik kepada bidang pendidikan ini, namun begitu, cita-cita di kala kecil aku tetap ingin mengecapinya.. 


walaupun tidak dapat menjadi seorang doktor yang dapat merawat orang, aku telah sematkan dalam diri aku bahawa aku tetap akan menjadi doktor.. seorang yang ber'title'kan dortor.. oleh itu, aku ingin belajar bersungguh-sungguh untuk membolehkan aku melanjutkan pelajaran pada peringkat master dan PHD..aku tetap ingin buktikan pada semua orang, cita-cita di masa kanak-kanakku tercapai walaupun tersangan beza jauhnya.. urmmmmm..

Sunday, October 25, 2009

scribd



Scribd merupakan satu website di mana para pengguna dapat berkongsi dokumen dengan mudah.Juga tempat di mana anda dapat mencari dokumen tertentu dan muat-turunnya dengan mudah. Ianya juga dikenali sebagai sharing document di mana kita dapat memasukkan apa sahaja dokumen tanpa perlu membayar apa-apa yuran... Dokumen-dokumen ini adalah berformat ipaper.

untuk memasukkan maklumat ke dalam blog juga, kita juga boleh memasukkan maklumat itu terlebih daahulu ke dalam scribd.. Sebelum ini, saya hanya pandai mencari maklumat di scribd, tetapi sekarang, bukan sahaja saya dapat mencari maklumat yang dikehendaki, malah saya juga dapat memberikan maklumat yang saya ada kepada orang lain.. hal ini boleh memberikan faedah kepada semua orang..

cam studio


Cam studio adalah satu software yang dapat merekod sebarang aktiviti skrin komputer, lengkap dengan audio dari speaker dan juga microphone yang kemudian disimpan dalam format AVI..Ianya juga dapat digunakan untuk membuat video tutorial. Bagi seorang guru, cam studio dapat membantu para guru terutamanya guru yang tidak dapat menjalankan pengajaran di dalam kelas. Dengan merekod apa yang ingin di ajar, guru yang mengambil alih kelas/ menggantikan anda dapat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang masalah..

oleh itu, sebagai seorang bakal guru, camstudio ini sangat bermanfaat bagi saya serta kawan-kawan yang lain. Saya sangat gembira mempelajari dan dapat menggunakan camstudio dengan sebaiknya..

cooliris



Apa itu cooliris?? pernahkan anda dengar perkataan ini sebelum ini??
sebenarnya saya sendiri pun baru mengenali dan mengetahui apa itu cooliris dan apakah fungsinya iaitu ketika di dalam kelas ICT ini.

Cooliris biasanya dikenali sebagai Piclen, iaitu satu capaian plugin yang di buat oleh Cooliris yang menyediakan skrin interaktif untuk persembahan slide.. ianya juga  merupakan add-ons yang memberikan fungsi untuk melakukan highlight pada gambar dan video pada halaman web kita.

Cooliris 3D Wall -- adalah yang termudah dan cepat untuk mencari capaian gambar dan video daripada web atau daripada komputer.
Cooliris mendukung multiplatform iaitu Windows, Linux dan Mac dan dapat berjalan pada browser-browser lainnya seperti Opera dan Safari.


Thursday, October 22, 2009

butterfly

setiap kehidupan manusia ada cabaran dan dugaan yang tersendiri.. Jangan kita membandingkan dengan lain mengapa ujian dan cabaran yang kita lalui rasanya sangat berat dan tidak adil..kerana semua itu adalah suratan dan ketentuan Tuhan terhadap kita..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

andai kita jatuh, jangan mengharapkan ada tangan lain yang dihulurkan untuk membantu kita tetapi cubalah bangkit sendiri dengan sedaya upaya....
andai kita bersengsara, jangan mengharapkan orang lain bersimpati atas nasib kita tetapi cubalah untuk mengatasi sengsara kita, supaya sinar kebahagiaan akan muncul dalam hidup kita..

Aku dan pengalaman hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nama di beri Nor Hidayah Bt Abdul Latiff.. asal kelahiran di kg Gong Kedak, Pasir Puteh Kelantan..
di Lahirkan oleh seoarang ibu yang bernama Petimah Bt Semail, pada 27 Ogos 1989 pada jam 6.30 petang... seorang bayi perempuan yang sangat comel dan baik masa tu k.. impian dari kecil ingin menjadi seorang doktor, namun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. dari bidang kedoktoran, minat ku berubah kepada bidang pendidikan yang memerlukan pengorbanan yang sangat besar untuk anak bangsa.. sekurang-kurangnya aku tetap akan mencurahkan bakti kepada anak bangsa sendiri.

walaupun aku kelihatan tidak lasak, namun "don't judge the book by it's cover", aku sangat sukakan aktiviti lasak.. sudah tentu bukan dari segi sukan.. aku suka mendaki gunung, antara yang aku da daiki adalah gunung Stong, Kuala Krai (2002) dan gunung Tebu, Besut (2003).. Aku juga pernah menerokai sebuah gua iaitu gua Ikan, Kuala krai (2005) dan penerokaan ku menemukan aku dengan sarang kelawar yang sangat banyak..selain itu, aku juga sangat menyukai pulau dan persekitarannya.. antara pulau yang menggamit memori aku bersama2 ahli pengakap adalah Pulau Perhentian.. kami bercamping di teluk KK, pulau perhentian (2002)...memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan di mana di situ juga pengalaman pertama ku menaiki helikopter..

Aku harap, dalam aku menimba ilmu di UPSI, aku juga dapat menimba pengalaman yang tidak dapat dihitung nilainya dengan wang ringgit.. Setakat hari ini, di UPSI aku hanya ber camping di satu tempat sahaja iaitu Taman Negara di Pahang.. mempunyai banyak juga pengalaman yang menarik di sana.

motivasi diri

falsafah pendidikan guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

carier development

Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta keesaan yang Maha Pencipta..

oleh itu, aku berniat untuk menjadi cikgu yang sangat dedikasi.. InsyaAllah jikalau ada rezeki, ingin juga aku melanjutkan pelajaran setinggi yang mampu.. Ingin juga aku merantau ke negeri orang, menimba ilmu sekaligus menimba pengalaman..

aku ingin mencapai taraf pendidikan yang setinggi-tinggi yang termampu..

falsafah pendidikan kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

simulasi

simulasi

spreadsheet

Spreadsheet

Monday, October 12, 2009

smart board

hari ni aku belajar something new.. smart board.using white board..sangat seronok.rasa macam guna buku kalis dakwat zaman kanak-kanak dulu...ala yang beli 20sen tu.. pastu tulis-tulis dan tarik kertas 2 tiba-tiba yang tulis ngan pen tu da padam.. huhu hebat kan.. smart board macam tu lah.... bila tulis-tulis atas white board rupanya xde kesan pon.. mula-mula aku fikir, pe yang nak heran nya..kita tulis pastu kita padam la.. kan guna marker pen yang berdakwat tu.. tapi bila aku sendiri yang mencuba, baru la aku tahu bahawa sebenarnya marker pen tu tidak ada  dakwat pon..

memang rasa hebat.. huhu lau kena posting kat sabah serawak, aku nak guna method ni lah.. mesti terbelalak mata student ku nanti.. tambah-tambah kalau dapat student orang asli... huhuhuhu...

gurlz chem

gurlz chem